Saturday 7 May 2011

Malu bertudung?



Ada seorang yang baru nak masuk Islam, bertanyakan sesuatu tentang tuntutan Islam. Ia adalah seorang perempuan yang mula tertarik tentang Islam. 

Ia bertanyakan tentang permasalahan tudung, atau kewajipan menutup aurat (tudung kepala). Kebetulan sahabat yang ditanyakan itu bijak jawapannya. 

Kenapa perlu gelisah atau mempersoalkan tentang tuntutan menutup aurat? Yang mana tuntutan tersebut adalah suatu arahan daripada agama yang kita anuti dan kita yakini. 

Jika dibuat perbandingan mudah, bagaimana seorang doktor memakai penutup mulut apabila berhadapan dengan sesetengah pesakit serius. Kenapa doktor tersebut memakainya tanpa banyak tanya? Tentu sekali sebab ia percaya dengan menutup mulut itu mampu menyelamatkannya daripada kemungkinan dijangkiti penyakit. Tentu juga ia yakin bahawa terdapat kuman pada badan pesakit, walaupun tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Satu lagi, ia tidak perlu malu dan sebagainya, kerana ia sudah sesuai dengan identitinya sebagai seorang doktor. 

Begitu jugalah dengan persoalan menutup aurat tadi. Hanya mereka yang yakin dan percaya dengan ancaman seksaan pada yang engkar sahaja mematuhinya. Kenapa perlu gelisah?

Bukankah dengan bertudung dan menutup aurat itu melambangkan identiti kita sebagai seorang Islam?

Thursday 5 May 2011

Kejatuhan Daulah Othmaniah

Mustafa Kamal - Digelar kononnya sebagai bapa permodenan Turki


Berakhirnya Daulah Othmaniah.

Perang Dunia Pertama meninggalkan kesan yang sangat mendalam ke atas kehidupan masyarakat dan politik Mesir. Berbagai pemikiran dan agama yang wujud di Mesir telah menyebabkan susunan masyarakat Mesir bergolak. Perkara yang paling membimbangkan ialah berkenaan sistem pemerintahan berkhalifah. Walaupun Mesir ada banyak perbezaan, namun begitu ia masih patuh kepada sistem pemerintahan berkhalifah. Pada 18hb Disember, 1914, Mesir berada di bawah perlindungan Kerajaan British. Untuk memutuskan hubungan antara Mesir dengan Turki, Raja Abbas telah digulingkan dan Amir Hussin bin Kamil telah dilantik menjadi Raja Mesir dengan memakai gelaran Sultan. Jawatan Hakim Turki untuk Mesir telah dimansuhkan.

Walau bagaimanapun, orang-orang Islam Mesir tidak memutuskan hubungan mereka dengan pemerintahan Khalifah Islam di Turki. Mereka juga terus menyatakan tentangan mereka terhadap kuasa-kuasa asing yang memusuhi mereka. Mereka enggan menerima Sultan Hussin sebagai raja mereka. Berikutan itu, dua cubaan membunuh Sultan Hussin telah dilakukan. Para ulamak Al-Azhar telah disenyapkan oleh Perdana Menteri. Dalam tahun 1918, banyak pertubuhan sulit telah ditubuhkan untuk menghalau British dari Mesir. Orang kanan Mustafa Kamal, iaitu Muhammad Farid telah menyokong Daulah Othmaniah walaupun beliau berada dalam buangan. Pihak British telah menjadikan Mesir sebagai pusat kegiatan sulitnya yang bertujuan untuk menghapuskan Daulah Othmaniah Turki. British juga mendapat keuntungan wang yang banyak dengan menyeret Mesir ke dalam kancah peperangan. Kedua perkara ini telah menimbulkan penentangan hebat daripada rakyat Mesir. Namun begitu, ada juga sekumpulan rakyat Mesir yang menyokong kerajaan British. Pada 15hb September 1915, Perdana Menteri Mesir menyampaikan satu syarahan. Dalam syarahan itu, beliau menuduh pihak Jerman kejam dan pihak British pula dianggapnya adil.


Sekumpulan cendekiawan Mesir menerbitkan satu surat menasihati rakyat Mesir supaya mematuhi pihak yang berkuasa. Walaupun terdapat usaha-usaha ini, negara Mesir pada umumnya menyebelahi Turki. Penyajak terkenal Muharram telah menulis sajak mernuji Turki:

‘Orang-orang Turki adalah tentera Allah. Andainya kerajaan Turki tidak gemilang di dunia, maka tiadalah lagi orang hendak melaungkan azan.’

Mesir berada di dalam keadaan berkemelut ini selama empat tahun. Akhirnya, dalam tahun 1919 M., rakyat Mesir di bawah pimpinan Mustafa Kamal telah memberontak menentang pihak British dan para penyokongnya. Tentera British pun bertindak balas dengan kejam dan ganas. Rakyat Mesir berasa terkejut dan kecewa apabila pasukan tentera Berikat memasuki dan menawan Turki. Setiap kanak-kanak Mesir mengalunkan Qasidah Hafiz Ibrahim yang bermaksud seperti berikut: ‘Duhai Aya Sofia, detik berpisah sudah tiba. Tetapi kau harus kenangi hari hari di mana orang-orang mulia bersolah di atas bumi mu.’ Kesedihan mereka terubat apabila rakyat Turki di bawah pimpinan Mustafa Kamal Pasya telah melancarkan perang kemerdekaan. Apabila Mustafa Karnal Pasya membebaskan beberapa bahagian kawasan Anatolia daripada genggaman tentera Yunani (Greek), maka beliau pun menjadi tumpuan citi-cita dan harapan mereka.

Setelah Mustafa Kamal membebaskan Aastana, rakyat Mesir menyambut kejayaan itu dengan penuh gembira. Mustafa Kamal menggulingkan Sultan Abdul Hamid dan meletakkan Wahiduddin sebagai ganti. Rakyat Mesir menyokong langkah itu. Tidak lama kemudian, Mustafa Kamal mengisytiharkan bahawa negara politik) dan agama ialah dua perkara yang berasingan. Lantaran itu, beliau pun melucutkan kuasa politik Sultan Wahiduddin. Sultan Wahiduddin pun menjadi Khalifah di segi nama saja tanpa ada kuasa politik. Walaupun tindakan ini merbahaya, tetapi sekumpulan rakyat Mesir menyokongnya. Perkara ini menjadi tajuk perbincangan rakyat Mesir selama dua tahun berturut-turut. Mereka berbincang sama ada tindakan Mustafa Kamal itu betul atau sebaliknya. Muhammad Syakir, seorang ulamak Mesir turut memuji orang-orang Turki yang tabah itu. Tiba-tiba, rakyat Mesir mendapat tahu bahawa Mustafa Kamal telah memansuhkan terus sistem pemerintahan Khalifah yang memang telah pun kehilangan kuasa politik itu. Mereka sangat terkejut dan pilu sekali mendengar berita itu.

Orang-orang lain yang mengaku khalifah.
Empat hari selepas sistem pernerintahan Khalifah dihapuskan, para ulamak Al-Azhar telah mengisytiharkan tindakan Mustafa Kamal itu tidak sah. Mereka berasa perlu mengadakan persidangan untuk menegakkan semula corak pemerintahan Khalifah Islam. Sebaik saja para ulamak Al-Azhar membuat kenyataan tersebut, pertikaian untuk memegang jawatan Khalifah pun kian hebat. Raja Afghanistan yang bernama Amanullah Khan melahirkan keinginannya hendak menjadi Khalifah orangorang Islam. Syarif Hussin bin Ali pula menerima bai’ah (sumpah setia) dari rakyat Palestin dan Jordan Timur. Raja Fuad dari Mesir adalah orang yang penting di dalam usaha merebut jawatan Khalifah umat Islam.

Pihak British pula sedang berusaha habis-habisan menyekat sistem pemerintahan Khalifah Islam ditegakkan semula. Sultan Wahiduddin Turki yang digulingkan itu menghabiskan masanya dalam buangan di Pulau Malta. Beliau juga mencadangkan dirinya sendiri sebagai Khalifah umat Islam. Alasan yang diberinya ialah beliau bukan melarikan diri dari Turki tetapi hanya berpindah ke tempat yang lebih selamat lantaran sikap para penyokong Mustafa Kamal yang menentang Islam itu. Tambahnya lagi, beliau juga ingin mempertahankan Islam dan mendedahkan rancangan jahat kumpulan Mustafa Kamal.

Terdapat tindakan dua penjuru. Di samping ada usaha untuk mengadakan Persidangan Islam, terdapat pula perebutan jawatan Khalifah. Sebuah jawatankuasa atas nama Persidangan Islam telah dibentuk dan sebuah majalah juga telah diterbitkan atas narna tersebut. Sebuah makalah oleh Syed Rasyid Ridha telah diterbitkan di dalam keluaran pertama makalah tersebut. Dalam makalahnya itu, Syed Rasyid Ridha menyebut, ‘Ini merupakan persidangan pertama yang melibatkan para ulamak dari semua negara Islam. Persidangan ini bertujuan menghidupkan semula asas negara Islam dan ingin undang-undang Islam ditegakkan semula. Persidangan ini juga bertujuan merangka dasar-dasar pendidikan yang boleh memberi panduan di segi agama dan di samping itu berkemampuan menyelesaikan masalah-masalah duniawi. Imam dan Khalifah umat Islam akan dipilih di dalam persidangan ini.’

Cawangan-cawangan jawatankuasa Persidangan tersebut ditubuhkan di berbagai tempat di Mesir. Sekali lagi umat Islam menaruh harapan agar sistem pemerintahan Khalifah ditegakkan semula. Namun begitu, persidangan ditangguhkan beberapa kali kerana beberapa sebab. Sebab utama kegagalan ini ialah Sa’ad Zaghlol, iaitu Perdana Menteri Mesir sendiri. Beliau adalah penentang persidangan Islam. Sa’ad Zaghlol juga adalah scorang yang sangat berpengaruh dan beliau dengan senang boleh menghasut rakyat Mesir supaya menentang Raja mercka. Di samping itu, tersebar khabar angin mengatakan bahawa British sedang menyokong supaya Raja Fuad Mesir menjadi Khalifah.

Bermulanya penentangan terhadap Raja Fuad bermula di Al-Azhar. Para ulamak dan cendekiawan ini terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada para ulamak rasmi yang diketuai oleh Naib Canselor Universiti Al- Azhar. Kumpulan pertama ini menyebelahi Raja Fuad. Kumpulan ini menentang pemilihan Raja Fuad sebagai Khalifah dan mereka juga tidak menerima corak pemerintahan Khalifah. Menurut mereka, persidangan tersebut sepatutnya diadakan di Mekah atau lain-lain negara yang bebas.

Selepas ditangguh beberapa kali, persidangan itu pun diadakan pada 13hb Mei 1926 M.. Hanya tiga puluh empat perwakilan sahaja yang hadir. Persidangan itu menjadi tidak lebih dari perbualan rasmi sahaja. Persidangan itu mernbuat rumusan bahawa satu persidangan jawatankuasa kerja akan diadakan di Mesir. Cawangan-cawangan akan ditubuhkan di Negara-negara Islam yang lain. Persidangan tersebut juga akan diadakan lagi jika perlu. Kegagalan persidangan Islam ini sangat menyedihkan Mesir, seumpama sedihnya ia ketika pemerintahan Khalifah dihapuskan.


Rujukan: Detik-detik Hidupku -
Kisah hidup Imam Hasan al Banna yang berkait rapat dengan penubuhan Ikhwan Muslimin…

Tuesday 3 May 2011

Mas Kahwin Yang Ringan



Ibnu ‘Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya wanita yang paling baik adalah yang paling ringan maskahwinnya”

Hadith diketengahkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya

Islam amat mementingkan soal wasatiah iaitu kesederhanaan. Memasukkan hal-hal yang memberatkan dan hal yang berlebih-lebih itu adalah perbuatan yang menyimpang daripada agama. 


Firman Allah dalam surah al Hajj ayat 78
“Allah sama sekali tidak mewajibkan hal-hal yang berat atas kamu dalam hal-hal agama”


Khalifah Umar al Khattab berkata

“Janganlah kamu meminta maskahwin yang terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu, kerana Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau menikahkan puterinya , dengan maskahwin lebih dari empat dirham. Jika kamu beranggapan bahawa maskahwin yang tinggi itu merupakan suatu kemuliaan di dunia atau dipandang sebagai ketakwaan di akhirat, maka sayugialah kamu mengikuti jejak baginda Rasulullah s.a.w.”
Surah al Baqarah ayat 185

“Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesusahan bagi kamu”
Akan tetapi terdapat ramai orang yang menyimpang daripada ajaran Islam mengenai hal itu. Mereka memandang perkahwinan anak perempuannya dari sudut kebendaan semata-mata, sebagaimana pedagang memandang barang-barang dagangnya yang harus dapat mendatangkan keuntungan besar, tanpa menghiraukan ‘nilai-nilai moral’. Mereka tidak mengindahkan pandangan keagamaan yang justeru itu dapat menjamin kebaikan keluarga dan memperkukuhkan kemantapan rumah tangga muslim. Seorang ayah yang mempunyai anak perempuan cantik atau bernasib baik memperoleh ilmu pengetahuan atau ijazah tinggi, ia (ayahnya) terbuai oleh perasaan bangga dan akhirnya diselubungi oleh perasaan kesombongan atau tinggi diri. Apabila datang seorang lelaki hendak meminang anak perempuannya, kalau ia mahu berbicara, permbicaraannya bernada bongkak dan megah. Apabila menerima pinangan lelaki itu dan bersedia menikahkannya ia meminta maskahwin yang memberatkan lelaki itu sehingga tidak mampu memikulnya.


Para wali yang bersikap buruk, seperti merumitkan perlaksanaan perkahwinan dengan mengadakan berbagai macam acara dan upacara, atau mempersulitkan perkahwinan dengan meminta maskahwin berlebih-lebihan; mereka itu tidak memperhitungkan keadaan masyarakat tempat mereka hidup. Mereka tidak memikirkan akibat-akibat keruntuhan akhlak dan kerosakan masyarakat yang ditimbulkan oleh ”pasar perkahwinan yang sepi”. Mereka dijangkiti penyakit jiwa yang menghalang kemajuan umat dan kemajuan budi pekertinya serta mencegah usaha peningkatan mutu masyarakat dan menghalangi perkembangan peradabannya.

rujukan: Mutiara Perkahwinan menurut ajaran Islam, Muhammad Ali Quthb.

Osama Laden terbunuh?

Osama Laden telah berjaya dibunuh?

WASHINGTON: Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda yang dikaitkan dengan serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera AS di sebuah rumah di Abbottabad, kira-kira 45 kilometer di timur laut Islamabad, Pakistan, tengah malam kelmarin.

Turut terbunuh dalam serangan kira-kira 40 minit oleh pasukan gerak khas tentera laut AS itu ialah anak lelaki Osama, seorang wanita yang tidak dikenali dan dua lelaki lain.
-petikan http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LautkuburOsama/Article/
Pertama sekali, marilah kita renungkan makna surah al Hujuraat, ayat 6:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Tanpa bukti yang jelas, mereka telah menuduh bahawa tragedi 11 September (9/11) yang mana dua buah kapal terbang melanggar sebuah menara berkembar di Amerika telah dirancang dan dilakukan oleh al Qaeda.

Biar pun setelah kajian dilakukan, menunjukkan bahawa terdapat dalang yang amat terancang hinggakan tiada seorang pun Yahudi berada di dalam bangunan terbabit ketika tragedi itu berlaku. Mana mungkin sebuah bangunan yang mempunyai struktur yang amat kukuh dengan 'tulang belakang' bangunan yang kuat boleh lebuh dengan hanya dilanggar kapal terbang.

Cara bangunan tersebut runtuh juga dipersoalkan hingga sekarang, yang mana seolah-olah terdapat bom-bom terpasang pada bangunan, menyebabkan ia runtuh ke bawah dengan elok sekali.

Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, kononnya mengetuai pasukan menentang Amerika dan sekutunya. Sekarang telah disebar pada media, kononnya Osama bin Laden telah berjaya dibunuh oleh pasukan khas mereka.

Persoalannya, Osama itu sendiri wujud atau tidak. Seolah-olah ia suatu 'profile' yang diadakan untuk diperalatkan dan untuk menjadi sebab mereka memburuk-burukkan Islam.

Jadi, usahlah mudah percaya dengan apa jua berita daripada golongan-golongan fasik tadi.


Redha Takdir Mu

Beruntung sungguh menjadi seorang Islam. Setiap gerak tingkah memang ada pedoman. Walau perkara yang amat kecil jika dipandang, namun hati tetap senang dengan setiap landasan yang diberikan. Islam agama yang menyentuh keseluruhan kehidupan.

Rukun iman yang enam sudah kita ketahui dan perlu diyakinkan. Menarik untuk perkara yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar atau dengan kata lain percaya kepada apa yang Allah tentukan.

Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti akan diuji.

Firman Allah:

al Ankabut, ayat 2

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Ini adalah sunnatullah, ini ketetapan Allah yang perlu diterima. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian… kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya, kerana Allah lebih berhak terhadap diri kita. Semua adalah pinjaman.


Yakinlah kita Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semestinya Dia tidak akan membebankan hambanya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hambanya. Pasti tidak. Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan iman masing-masing.

Firman Allah:

al Baqarah, ayat 286



Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah. Mungkin penulis sedikit kurang untuk indah berbahasa, namun keyakinan penulis tetap pada kalamullah yang tiada setara indahnya bahasa. Bukakanlah selaput kelabu dihati, agar kunang-kunang singgah ke mari, sinar cahaya kan kembali lagi. Wallahu’alam…

Sunday 1 May 2011

Hati diikat pada masjid



Hari itu mata suci Rasulullah s.a.w seolah-olah mencari-cari seseorang. Petang itu agak redup.

Suasana di dalam masjid Nabawi seperti biasa. Kelihatan beberapa halaqah sedang berjalan. Ada yang sedang bermuzakarah. Ada yang sedang mendengar penyampaian oleb beberapa sahabat seperti Ubay bin Ka'ab, Abu Hurairah dan Abu Bakar as-siddiq r.a.

Anas r.a. sedang berada di samping baginda. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w bertanyakan khabar berkenaan seorang sahabiyyah yang sering menyumbangkan khidmatnya dengan membersihkan persekitaran masjid.

Apabila ditanya, barulah dimaklumkan bahawasanya sahabiyyah tersebut telahpun meninggal dunia dan sudahpun dikebumikan. Rasulullah s.a.w lalu bersabda yang bermaksud: "Jika meninggal dunia seseorang dikalangan kamu maka hendaklah kamu maklumkan kepadaku!"

Lalu Rasulullah s.a.w menunaikan solat jenazah untuk beliau, lalu bersabda, mafhumnya: "Sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam syurga disebabkan (amalannya) menyingkirkan sampah sarap daripada masjid." (Riwayat al-Tabrani dalam kitab al-Kibar dan perawi-perawinya ialah perawi yang sahih.)

_majalah SOLUSI isu 25, ms65.

Friday 29 April 2011

Ini Tanggungjawab

 
Bukan mudah memelihara seseorang anak. Pengorbanan demi pengorbanan dilakukan untuk memastikan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan seorang ibu ditunaikan.

Begitu tulus ikhlas mereka mendidik kita sejak daripada kecil. Tentu sekali apa yang terbaik diberikan pada anaknya ini. Dalam proses ini, ia mampu mengimbau kembali bagaimana perih pedih ibu bapa kita membesarkan kita.

Semua diberi tanpa diharap balasan...

Tapi itu dahulu, sekarang agak berubah sedikit senarionya. Kalau dahulu, kerja membesar dan mendidik seorang anak itu dikatakan satu tanggungjawab. Namun kini ada sesetengahnya menganggap ia suatu pelaburan.

Pelaburan yang bagaimana?

"Bila besar nanti dapat anak bantu kita, dapat duit bulan-bulan"

Ini salah daripada segi adabnya. Jangan biarkan pahala penat lelah kita memelihara anak hilang akibat tersalah niat. Sudah tanggungjawab dan amanah, sebagai seorang ayah, sebagai seorang ibu, perlu memastikan anak-anak membesar selaras dengan kehendak agama.

Namun, tidak dinafikan, tanggungjawab pada bahu anak untuk kedua ibubapa itu tetap ada. Terutamanya anak lelaki.

Seorang anak lelaki perlu berkhidmat dan berlemah-lembut terhadap kedua ibubapanya. Semuanya dilakukan dengan kasih sayang. Sesuai dengan adab murni yang disusun pada agama kita.