Saturday 7 May 2011

Malu bertudung?



Ada seorang yang baru nak masuk Islam, bertanyakan sesuatu tentang tuntutan Islam. Ia adalah seorang perempuan yang mula tertarik tentang Islam. 

Ia bertanyakan tentang permasalahan tudung, atau kewajipan menutup aurat (tudung kepala). Kebetulan sahabat yang ditanyakan itu bijak jawapannya. 

Kenapa perlu gelisah atau mempersoalkan tentang tuntutan menutup aurat? Yang mana tuntutan tersebut adalah suatu arahan daripada agama yang kita anuti dan kita yakini. 

Jika dibuat perbandingan mudah, bagaimana seorang doktor memakai penutup mulut apabila berhadapan dengan sesetengah pesakit serius. Kenapa doktor tersebut memakainya tanpa banyak tanya? Tentu sekali sebab ia percaya dengan menutup mulut itu mampu menyelamatkannya daripada kemungkinan dijangkiti penyakit. Tentu juga ia yakin bahawa terdapat kuman pada badan pesakit, walaupun tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Satu lagi, ia tidak perlu malu dan sebagainya, kerana ia sudah sesuai dengan identitinya sebagai seorang doktor. 

Begitu jugalah dengan persoalan menutup aurat tadi. Hanya mereka yang yakin dan percaya dengan ancaman seksaan pada yang engkar sahaja mematuhinya. Kenapa perlu gelisah?

Bukankah dengan bertudung dan menutup aurat itu melambangkan identiti kita sebagai seorang Islam?

No comments:

Post a Comment