![]() |
| Mustafa Kamal - Digelar kononnya sebagai bapa permodenan Turki |
Berakhirnya Daulah Othmaniah.
Perang Dunia Pertama meninggalkan kesan yang sangat mendalam ke atas kehidupan masyarakat dan politik Mesir. Berbagai pemikiran dan agama yang wujud di Mesir telah menyebabkan susunan masyarakat Mesir bergolak. Perkara yang paling membimbangkan ialah berkenaan sistem pemerintahan berkhalifah. Walaupun Mesir ada banyak perbezaan, namun begitu ia masih patuh kepada sistem pemerintahan berkhalifah. Pada 18hb Disember, 1914, Mesir berada di bawah perlindungan Kerajaan British. Untuk memutuskan hubungan antara Mesir dengan Turki, Raja Abbas telah digulingkan dan Amir Hussin bin Kamil telah dilantik menjadi Raja Mesir dengan memakai gelaran Sultan. Jawatan Hakim Turki untuk Mesir telah dimansuhkan.
Walau bagaimanapun, orang-orang Islam Mesir tidak memutuskan hubungan mereka dengan pemerintahan Khalifah Islam di Turki. Mereka juga terus menyatakan tentangan mereka terhadap kuasa-kuasa asing yang memusuhi mereka. Mereka enggan menerima Sultan Hussin sebagai raja mereka. Berikutan itu, dua cubaan membunuh Sultan Hussin telah dilakukan. Para ulamak Al-Azhar telah disenyapkan oleh Perdana Menteri. Dalam tahun 1918, banyak pertubuhan sulit telah ditubuhkan untuk menghalau British dari Mesir. Orang kanan Mustafa Kamal, iaitu Muhammad Farid telah menyokong Daulah Othmaniah walaupun beliau berada dalam buangan. Pihak British telah menjadikan Mesir sebagai pusat kegiatan sulitnya yang bertujuan untuk menghapuskan Daulah Othmaniah Turki. British juga mendapat keuntungan wang yang banyak dengan menyeret Mesir ke dalam kancah peperangan. Kedua perkara ini telah menimbulkan penentangan hebat daripada rakyat Mesir. Namun begitu, ada juga sekumpulan rakyat Mesir yang menyokong kerajaan British. Pada 15hb September 1915, Perdana Menteri Mesir menyampaikan satu syarahan. Dalam syarahan itu, beliau menuduh pihak Jerman kejam dan pihak British pula dianggapnya adil.
Sekumpulan cendekiawan Mesir menerbitkan satu surat menasihati rakyat Mesir supaya mematuhi pihak yang berkuasa. Walaupun terdapat usaha-usaha ini, negara Mesir pada umumnya menyebelahi Turki. Penyajak terkenal Muharram telah menulis sajak mernuji Turki:
‘Orang-orang Turki adalah tentera Allah. Andainya kerajaan Turki tidak gemilang di dunia, maka tiadalah lagi orang hendak melaungkan azan.’
Mesir berada di dalam keadaan berkemelut ini selama empat tahun. Akhirnya, dalam tahun 1919 M., rakyat Mesir di bawah pimpinan Mustafa Kamal telah memberontak menentang pihak British dan para penyokongnya. Tentera British pun bertindak balas dengan kejam dan ganas. Rakyat Mesir berasa terkejut dan kecewa apabila pasukan tentera Berikat memasuki dan menawan Turki. Setiap kanak-kanak Mesir mengalunkan Qasidah Hafiz Ibrahim yang bermaksud seperti berikut: ‘Duhai Aya Sofia, detik berpisah sudah tiba. Tetapi kau harus kenangi hari hari di mana orang-orang mulia bersolah di atas bumi mu.’ Kesedihan mereka terubat apabila rakyat Turki di bawah pimpinan Mustafa Kamal Pasya telah melancarkan perang kemerdekaan. Apabila Mustafa Karnal Pasya membebaskan beberapa bahagian kawasan Anatolia daripada genggaman tentera Yunani (Greek), maka beliau pun menjadi tumpuan citi-cita dan harapan mereka.
Setelah Mustafa Kamal membebaskan Aastana, rakyat Mesir menyambut kejayaan itu dengan penuh gembira. Mustafa Kamal menggulingkan Sultan Abdul Hamid dan meletakkan Wahiduddin sebagai ganti. Rakyat Mesir menyokong langkah itu. Tidak lama kemudian, Mustafa Kamal mengisytiharkan bahawa negara politik) dan agama ialah dua perkara yang berasingan. Lantaran itu, beliau pun melucutkan kuasa politik Sultan Wahiduddin. Sultan Wahiduddin pun menjadi Khalifah di segi nama saja tanpa ada kuasa politik. Walaupun tindakan ini merbahaya, tetapi sekumpulan rakyat Mesir menyokongnya. Perkara ini menjadi tajuk perbincangan rakyat Mesir selama dua tahun berturut-turut. Mereka berbincang sama ada tindakan Mustafa Kamal itu betul atau sebaliknya. Muhammad Syakir, seorang ulamak Mesir turut memuji orang-orang Turki yang tabah itu. Tiba-tiba, rakyat Mesir mendapat tahu bahawa Mustafa Kamal telah memansuhkan terus sistem pemerintahan Khalifah yang memang telah pun kehilangan kuasa politik itu. Mereka sangat terkejut dan pilu sekali mendengar berita itu.
Orang-orang lain yang mengaku khalifah.
Empat hari selepas sistem pernerintahan Khalifah dihapuskan, para ulamak Al-Azhar telah mengisytiharkan tindakan Mustafa Kamal itu tidak sah. Mereka berasa perlu mengadakan persidangan untuk menegakkan semula corak pemerintahan Khalifah Islam. Sebaik saja para ulamak Al-Azhar membuat kenyataan tersebut, pertikaian untuk memegang jawatan Khalifah pun kian hebat. Raja Afghanistan yang bernama Amanullah Khan melahirkan keinginannya hendak menjadi Khalifah orangorang Islam. Syarif Hussin bin Ali pula menerima bai’ah (sumpah setia) dari rakyat Palestin dan Jordan Timur. Raja Fuad dari Mesir adalah orang yang penting di dalam usaha merebut jawatan Khalifah umat Islam.
Pihak British pula sedang berusaha habis-habisan menyekat sistem pemerintahan Khalifah Islam ditegakkan semula. Sultan Wahiduddin Turki yang digulingkan itu menghabiskan masanya dalam buangan di Pulau Malta. Beliau juga mencadangkan dirinya sendiri sebagai Khalifah umat Islam. Alasan yang diberinya ialah beliau bukan melarikan diri dari Turki tetapi hanya berpindah ke tempat yang lebih selamat lantaran sikap para penyokong Mustafa Kamal yang menentang Islam itu. Tambahnya lagi, beliau juga ingin mempertahankan Islam dan mendedahkan rancangan jahat kumpulan Mustafa Kamal.
Terdapat tindakan dua penjuru. Di samping ada usaha untuk mengadakan Persidangan Islam, terdapat pula perebutan jawatan Khalifah. Sebuah jawatankuasa atas nama Persidangan Islam telah dibentuk dan sebuah majalah juga telah diterbitkan atas narna tersebut. Sebuah makalah oleh Syed Rasyid Ridha telah diterbitkan di dalam keluaran pertama makalah tersebut. Dalam makalahnya itu, Syed Rasyid Ridha menyebut, ‘Ini merupakan persidangan pertama yang melibatkan para ulamak dari semua negara Islam. Persidangan ini bertujuan menghidupkan semula asas negara Islam dan ingin undang-undang Islam ditegakkan semula. Persidangan ini juga bertujuan merangka dasar-dasar pendidikan yang boleh memberi panduan di segi agama dan di samping itu berkemampuan menyelesaikan masalah-masalah duniawi. Imam dan Khalifah umat Islam akan dipilih di dalam persidangan ini.’
Cawangan-cawangan jawatankuasa Persidangan tersebut ditubuhkan di berbagai tempat di Mesir. Sekali lagi umat Islam menaruh harapan agar sistem pemerintahan Khalifah ditegakkan semula. Namun begitu, persidangan ditangguhkan beberapa kali kerana beberapa sebab. Sebab utama kegagalan ini ialah Sa’ad Zaghlol, iaitu Perdana Menteri Mesir sendiri. Beliau adalah penentang persidangan Islam. Sa’ad Zaghlol juga adalah scorang yang sangat berpengaruh dan beliau dengan senang boleh menghasut rakyat Mesir supaya menentang Raja mercka. Di samping itu, tersebar khabar angin mengatakan bahawa British sedang menyokong supaya Raja Fuad Mesir menjadi Khalifah.
Bermulanya penentangan terhadap Raja Fuad bermula di Al-Azhar. Para ulamak dan cendekiawan ini terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada para ulamak rasmi yang diketuai oleh Naib Canselor Universiti Al- Azhar. Kumpulan pertama ini menyebelahi Raja Fuad. Kumpulan ini menentang pemilihan Raja Fuad sebagai Khalifah dan mereka juga tidak menerima corak pemerintahan Khalifah. Menurut mereka, persidangan tersebut sepatutnya diadakan di Mekah atau lain-lain negara yang bebas.
Selepas ditangguh beberapa kali, persidangan itu pun diadakan pada 13hb Mei 1926 M.. Hanya tiga puluh empat perwakilan sahaja yang hadir. Persidangan itu menjadi tidak lebih dari perbualan rasmi sahaja. Persidangan itu mernbuat rumusan bahawa satu persidangan jawatankuasa kerja akan diadakan di Mesir. Cawangan-cawangan akan ditubuhkan di Negara-negara Islam yang lain. Persidangan tersebut juga akan diadakan lagi jika perlu. Kegagalan persidangan Islam ini sangat menyedihkan Mesir, seumpama sedihnya ia ketika pemerintahan Khalifah dihapuskan.
Rujukan: Detik-detik Hidupku -
Kisah hidup Imam Hasan al Banna yang berkait rapat dengan penubuhan Ikhwan Muslimin…

No comments:
Post a Comment